Tuesday, July 15, 2008

Belajar Mengurus Wang

Secara ringkas penjelasan Azizi Ali mengenai cara beliau menguruskan kewangan:-

  • Pengurusan kewangan tidak diajar di sekolah [oleh itu, mereka banyak menghabiskan wang dengan sia-sia].
  • Azizi menggariskan lima langkah untuk menguruskan kewangan iaitu membayar diri sendiri, membuat tabung simpanan, membeli insuran mencukupi, menguruskan hutang dan membeli aset bernilai.
  • Tabung simpanan bukan bertujuan menjadikan kita kaya tetapi mencegah kita daripada miskin.
  • Insuran amat penting. pilih insuran yang bersesuaian dan insurankan apa yang penting. Ia bukan pelaburan tetapi lebih kepada perlindungan terutama ketika anda dilanda musibah.