
Thursday, December 1, 2011
Hari ini

Monday, November 21, 2011
Tuah Baddrol, belang Apek
SEPASANG tangan emas, Khairul Fahmi Che Mat sambil dibantu tuah sepakan penalti kemenangan kapten, Baddrol Bakhtiar memastikan Malaysia membawa pulang ‘ibu segala emas’ Sukan Sea Indonesia selepas menewaskan tuan rumah 4-3 menerusi sepakan penalti pada aksi final, semalam.
Pada penentuan sepakan penalti apabila kedudukan terikat 1-1 selepas beraksi selama 120 minit, penjaga gol Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan penalti kelima Indonesia, Ferdinan Sinaga ketika kedudukan 3-3.
Malah kejayaan skuad kendalian Ong Kim Swee itu mengulangi pencapaian kejuaraan dua kali berturut-turut pada 1977 dan 1979.
Malaysia kemudian bangkit menyamakan kedudukan apabila larian kapten, Baddrol Bakhtiar ke dalam kotak penalti disusuli hantaran lambung berjaya disempurnakan Mohd Asraruddin Putra Omar yang merebahkan badan untuk menanduk masuk bola ke gawang Indonesia pada m-35.
Kegagalan kedua-dua pasukan mencipta jaringan menyaksikan permainan berlanjutan ke masa tambahan. Kedudukan tetap kekal 1-1 selepas aksi 30 minit masa tambahan perlawanan sekali gus memaksa penentuan sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada Malaysia 4-3.
Sumber :- http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2011112205260320111122052603/Article/index_html
Friday, November 18, 2011
Lawak - Buang anak
Thursday, November 17, 2011
Harimau mengganas!

Wednesday, November 16, 2011
Filem Animasi - The Adventures Of Tintin: The Secret Of The Unicorn

Tuesday, November 15, 2011
CINTA

- Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta.
- Orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata.
- Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.
- Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh.
- Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita.
- Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan.
- Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.
- Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta.
- Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.
- Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu.
- Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.
- Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.
Monday, November 14, 2011
BARANG SIAPA MENGENAL "DIRI" NESCAYA KENAL LAH IA AKAN TUHAN NYA.
Sunday, November 13, 2011
Bersanding di zoo
KUALA LUMPUR: Pelbagai cara dilakukan pasangan pengantin bagi mengabadikan kenangan mahligai dibina dan tidak terkecuali bagi pasangan, Muhamad Syarifuddin Sidik, 30, dan Putri Ernie Suraya Megat Yusop, 27, yang memilih untuk bersanding di Zoo Negara, malam tadi.
Kira-kira 2,000 tetamu, terdiri daripada sanak saudara dan keluarga terdekat memeriahkan majlis perkahwinan unik berkenaan.
Bermula dengan menyusuri laluan disinari cahaya pelita di sepanjang taman haiwan berkenaan, tetamu disambut pengiring berpakaian ala wirawati hutan ditemani burung hantu dan ular sawa.
Dipetik dari :- http://www.hmetro.com.my/articles/Bersandingdizoo/Article