Pernah pada suatu hari,aku berdialog dengan seorang pemuda yang
mengikuti aliran ‘pelampau’ dalam memahami Islam (Golongan Mutasyaddid)
dan aku bertanya padanya :
“Perbuatan mengebom pusat hiburan
yang beroperasi pada malam hari yang wujud di Negara-negara Umat Islam
Halal atau Haramkah hukum?”
Anak muda itu pun menjawab kepadaku : “Ya,sudah pasti ianya Halal! Membunuh mereka yang berada di dalamnya juga Halal hukumnya!”
Aku bertanya lagi padanya : “Apakah kesudahan mereka sekiranya ketika
engkau membunuh mereka itu mereka berada dalam keadaan sedang melakukan
maksiat pada Allah?"
Pemuda itu lantas menjawab : “Pastilah Neraka buat mereka!”
Aku teruskan pertanyaanku padanya : “Ke manakah Syaitan bermatlamat untuk membawa mereka?
Dia menjawab : “Sudah semestinyalah matlamat Syaitan untuk membawa mereka ke Neraka!”
Lantas aku pun berkata padanya : “Kalau begitu,kumpulan kamu dan
Syaitan sedang bekerjasama untuk mencapai matlamat yang satu – iaitu
memasuk dan menjerumuskan manusia ke dalam Neraka!”
Aku
sebutkan padanya Hadith Rasulullah S.A.W : Ketika lalunya jenazah
seorang Yahudi di hadapan Rasulullah S.A.W maka Baginda S.A.W pun
menangis.
Lalu ditanyakan kepada Baginda S.A.W : Apakah yang telah membuatkan Engkau menangis wahai Rasulullah S.A.W?
Baginda S.A.W menjawab : “Satu nyawa telah terlepas dariku dan telah pergi ke neraka”.
Aku nyatakan pada anak muda itu : “Lihatlah perbezaan yang amat ketara
antara kamu semua dengan Baginda Rasulullah S.A.W yang
bersungguh-sungguh berusaha untuk menyampaikan Hidayah kepada manusia
dan menyelamatkan mereka dari api Neraka!
Sesungguhnya kamu
sedang berada di satu lembah dan Kekasih Agung Junjungan kita Rasulullah
S.A.W pula berada di lembah yang lain dari kumpulanmu!"
No comments:
Post a Comment